top of page
Pembekal Workstation Pejabat
Pemilihan meja workstation pejabat yang betul sangat penting untuk menghasilkan produktiviti yang baik untuk sesebuah syarikat. Ia akan membuat kerja kakitangan syarikat lebih lancar, susunan dan ruang simpanan yang teratur sekaligues meminimakan stress bekerja, dan membuatkan rasa ‘mood seronok’ menjalankan tugas harian. Pemilihan meja workstation yang bagus bukan sahaja memberi tanggapan imej yang baik untuk sesuatu organisasi malah ia akan mewujudkan ‘rasa seronok’ ke pejabat setiap hari.
Jika anda bercadang membuka pejabat yang baru ATAU ingin menggantikan perabot workstation / partition pejabat yang lama, di bawah kami senaraikan beberapa PANDUAN yang boleh dijadikan sebagai ukuran pemilihan untuk anda.
KENAL PASTI 'FUNGSI' MEJA WORKSTATION ANDA
1)Jika Meja Workstation Untuk Kerja Berkomputer:
Pilih meja workstation pejabat @ meja partition pejabat yang direka khusus untuk penggunaan komputer peribadi. Meja workstation pejabat yang terbaik untuk penggunaan komputer yang kerap, biasanya mempunyai ruang atau petak untuk menahan CPU di bawahnya. Pastikan juga ianya lengkap dengan lubang pendawaian atau saluran pendawaian untuk sambungan elektrik. Ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia adalah faktor keselamatan untuk menyusun wayar elektrik daripada ‘berselirat/ bersepah’ atau berbahaya untuk pengguna.
2) Jika Meja Sering Digunakan Untuk Membuat Kertas Kerja / Tender / Lukisan :
Pilih meja workstation pejabat atau stesen kerja yang mempunyai permukaan yang membolehkan anda menampung helaian kertas yang banyak, buku besar, atau alatulis yang penting. Anda juga boleh mempertimbangkan meja dengan ruang rak di atas dinding atau ruang overhead. Jika syarikat anda terlibat dalam aktiviti seperti menyiapkan kertas plan atau drawing , pastikan meja anda cukup besar untuk menampung kertas ini.
Gabungan kerja komputer, kerja kertas, mesyuarat:
Ada beberapa bentuk meja workstation berbentuk U. Pertimbangkan juga meja berbentuk "L" untuk membolehkan ada ruangan kerja dan juga ruang perbincangan. Meja pejabat Berbentuk model "U" juga mempunyai banyak kelebihan jika kita mempunyai banyak ruang untuk meletakkan meja ini dalam ruangan pejabat kita. Ruang untuk berkomunikasi dengan tetamu perlu kosong dan tidak berselerak.
FUZI DREAM berpengalaman membekal dan memasang workstation pejabat di pelbagai institusi kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Kami boleh mencadangkan rekabentuk yang sesuai bergantung kepada bajet dan ruang yang ada. Kami boleh memberi sebutharga dan lawatan tapak percuma ke tempat pelanggan kami.
Workstation | Partition Pejabat

1 set - 4 orang


Workstation pejabat sesuai untuk gandaan 4 orang kakitangan. Workstation ini mempunyai cermin pemisah di hadapan setinggi 1 kaki. Lengkap dengan laci untuk setiap kakitangan. Tiang/kaki meja workstation pejabat ini diperbuat daripada besi untuk memastikan meja sentiasa berada dalam kedaan kukuh dan stabil.
Workstation | Partition Pejabat

1 set - 6 orang


Workstation pejabat sesuai untuk gandaan 6 orang kakitangan. Workstation ini mempunyai cermin pemisah di hadapan setinggi 1 kaki. Lengkap dengan laci untuk setiap kakitangan. Tiang/kaki meja workstation pejabat ini diperbuat daripada besi untuk memastikan meja sentiasa berada dalam kedaan kukuh dan stabil. Kami telah membuatkan anggaran ruang size yang diperlukan untuk meletakkan keseluruhan set workstation pejabat ini.
Tuan/Puan boleh rujuk pada gambarajah yang disediahka. Sebarang pertanyaan, boleh segera hubungi kami.
Workstation | Partition Pejabat

1 set - 2 orang


Workstation pejabat khas untuk 2 staff eksekutif yang memerlukan ruang simpan yang banyak. Setiap workstation dilengkapi oleh pedestal dan juga kabinet sisi untuk menyimpan barang. Kaki meja worksation diperbuat daripada besi 'gulvanise' tahan karat dengan plate besi penghadang di muka hadapan.
Workstation | Partition Pejabat

1 set - 4 orang


Meja Workstation | Partition Pejabat




Meja Workstation | Partition Pejabat


Meja Workstation | Partition Pejabat

Meja Pejabat - Shape
Meja pejabat 1 piece berbentuk L shape. Mempunyai 4 jenis ukuran samada untuk panjang sisi yang lebih pada sebelah kanan atau panjang sisi yang lebih pada sebelah kiri. Kelebihan meja ini ialah, meja ini boleh dicantumkan untuk menjadi meja workstation/ meja partition (cubical set). Kami mempunyai penghadang partition samada solid panel atau glass panel. Sila gambaran rupa sebenar bentuk meja ini apabila dicantum, sila rujuk meja workstation kami untuk kod FG-WS-6FT atau sila rujuk gambar di bawah.
bottom of page